
Apa itu RA?
RA (Research Assistant) atau pembantu penyelidik adalah nama jawatan bagi individu yang diupah oleh majikan (ketua projek, pensyarah, pusat, institut) untuk menjalankan sesuatu projek penyelidikan.
Apa skop kerja?
Membantu melengkapkan projek penyelidikan. Selalunya RA adalah mereka yang menjalankan secara langsung projek itu. Contoh tugasan; mengumpul data, melakukan kerja makmal, ke lapangan mengutip sampel, menemuramah subjek, key-in data, melakukan analisis, proses pembelian, menjaga haiwan kajian, menyiapkan penerbitan, menyediakan laporan dan sebagainya.
Banyaknya tugas, mana satu nak buat?
Anda harus jelas gaji anda dibayar dari mana (sumber kewangan). Kalau dari geran, sepatutnya yang boleh memberi arahan kepada anda adalah ketua projek bagi geran tersebut. Kalau orang lain bagi arahan, sila confirmkan dengan ketua projek terlebih dahulu. Anda answerable kepada ketua projek. Kerana jika ada apa-apa isu dengan pemberi dana (kementerian/institusi/sponsor), ketua projek yang bertanggungjawab.
Apa laluan kerjaya RA ni?
Jangan anggap RA sebagai kerjaya pun. Sebenarnya RA hanyalah seperti jambatan untuk anda sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi - Sarjana atau PhD. Ketua projek juga sebenarnya sangat berbesar hati untuk menawarkan anda untuk sambung di bawahnya. Bila dah daftar sebagai pelajar, statusnya bertukar kepada GRA (Graduate Research Assistant).
Sebenarnya bagus ke tak jadi RA ni. Laluan kerjaya macam samar-samar je?
Kalau mahu mencari kerjaya yang stabil, RA adalah pilihan yang salah. Tetapi jika sebenarnya mahu sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, RA adalah pilihan yang baik. Gaji RA juga adalah agak rendah jika dibandingkan dengan gaji eksekutif sekarang di sektor kerajaan mahupun swasta.
Oklah, saya memang ada niat nak sambung. Tapi tiada pengalaman langsung. Ok ke?
Tiada masalah. Selalunya projek penyelidikan tu memerlukan set skill yang sangat spesifik. Contohnya menjalankan ujian PCR (polymerase chain reaction). Sekurang-kurangnya anda ada subjek di universiti yang berkaitan dengan ujian itu, sudah memadai. Ketua projek tidak expect anda terus pandai. Skill tersebut anda perlu belajar kemudian. Kalau anda memang ada pengalaman, itu adalah kelebihan yang sangat membantu.
Nanti nak belajar dari mana untuk buat kerja-kerja tu semua?
Secara tradisionalnya, anda akan banyak belajar dari senior di makmal/ pusat/ institut itu. Jika makmal itu sudah established, ada SOP untuk setiap kerja. Ketua projek akan bagi arahan untuk siapkan sesuatu kerja, tetapi untuk belajar cara anda perlu mencari inisiatif sendiri. Ada juga kursus yang diadakan di luar, yang mana sesuai sila sertai.
Oklah..saya berminat. Nak apply macam mana?
Email kepada ketua projek CV dan cover letter yang sesuai. Sesi temuduga akan dilakukan.
Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment