Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Polisi pendidikan sekarang yang lebih menggalakkan orang ramai untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (Sarjana & PhD) telah membuka banyak peluang kepada mereka yang berminat untuk bermula sebagai Pembantu Penyelidik (Researh Assistant) atau Pembantu Penyelidik Berijazah (Graduate Research Assistant).
Namun pada masa kini, sangat kurang terdapatnya panduan dan pusat maklumat setempat sebagai rujukan RA ini sebagai persediaan bagi menjadi seorang RA yang berpotensi untuk pergi dengan lebih jauh. Kebanyakannya sangat keliru dan tiada matlamat yang jelas. Keadaan ini jika berterusan akan memberikan impak negatif bukan sahaja kepada RA tersebut, tetapi juga kepada Ketua Projek, ahli kumpulan, fakulti, universiti dan akhirnya negara kerana dana sumber geran tersebut pastinya datang dari hasil kutipan cukai setiap rakyat.
Trend carian maklumat sekarang telah berubah kepada lebih teknikal dan spesifik kepada bidang yang diceburi. Majoriti maklumat tersebut adalah dalam bahasa inggeris. Walaupun bahasa inggeris adalah bahasa komunikasi utama di dunia, namun seharusnya bahasa ilmu itu turut diadaptasi kepada bahasa ibunda sesebuah negara tersebut. Lihat negara Jepun, bagaimana negara mereka boleh mencapai tahap negara maju dengan hampir 90% menggunakan bahasa kebangsaan mereka sahaja. Antara kebaikkan ilmu itu diterjemah ke bahasa Melayu ialah supaya penyebaran ilmu itu adalah lebih meluas ke semua peringkat. Tamadun sesuatu kaum itu bergantung kepada ilmu di jiwa mereka, dan kita harap kita dapat menyebarkan ilmu itu seluas yang boleh.
Semoga laman web ini bermanfaat kepada semua khususnya RA yang pada suatu hari nanti mungkin menjadi seorang saintis terkemuka yang dapat memberikan impak yang besar kepada dunia.
Terima kasih.

Assalamualaikum...
ReplyDeletePerkenalkan saya Muh.Nur Syafaat dari Indonesia. Saat ini, sementara mencari peluang untuk menjadi GRA di Malaysia...Terima kasih atas postingannya...Sangat membantu..
Jazaakumullahukhair
Wassalam
Syafaat